Monday, November 23, 2009
Monday, November 16, 2009
101 Ways to Praise a Child!
WOW • WAY TO GO • SUPER • YOU'RE SPECIAL • OUTSTANDING • EXCELLENT •
GREAT• GOOD • NEAT • WELL DONE • REMARKABLE • I KNEW YOU COULD DO IT • I'M PROUD OF YOU • FANTASTIC • SUPER STAR • NICE WORK • LOOKING GOOD • YOU'RE ON TOP OF IT • BEAUTIFUL • NOW YOU'RE FLYING • YOU'RE CATCHING ON • NOW YOU'VE GOT IT • YOU'RE INCREDIBLE • BRAVO • YOU'RE FANTASTIC • HURRAY FOR YOU • YOU'RE ON TARGET • YOU'RE ON YOUR WAY • HOW NICE • HOW SMART • GOOD JOB • THAT'S INCREDIBLE • HOT DOG • DYNAMITE • YOU'RE BEAUTIFUL • YOU'RE UNIQUE • NOTHING CAN STOP YOU NOW • GOOD FOR YOU • I LIKE YOU YOU'RE A WINNER • REMARKABLE JOB • BEAUTIFUL WORK • SPECTACULAR • YOU'RE SPECTACULAR • YOU'RE DARLING • YOU'RE PRECIOUS • GREAT DISCOVERY • YOU'VE DISCOVERED THE SECRET • YOU FIGURED IT OUT • FANTASTIC JOB • HIP, HIP, HURRAY • BINGO • MAGNIFICENT • MARVELOUS • TERRIFIC • YOU'RE IMPORTANT • PHENOMENAL • YOU'RE SENSATIONAL • SUPER WORK • CREATIVE JOB • SUPER JOB • FANTASTIC JOB • EXCEPTIONAL PERFORMANCE • YOU'RE A REAL TROOPER • YOU ARE RESPONSIBLE • YOU ARE EXCITING • YOU LEARNED IT RIGHT • WHAT AN IMAGINATION •WHAT A GOOD LISTENER • YOU ARE FUN • YOU'RE GROWING UP • YOU TRIED HARD • YOU CARE • BEAUTIFUL SHARING • OUTSTANDING PERFORMANCE • YOU'RE A GOOD FRIEND • I TRUST YOU • YOU'RE IMPORTANT • YOU MEAN A LOT TO ME • YOU MAKE ME HAPPY • YOU BELONG • YOU'VE GOT A FRIEND • YOU MAKE ME LAUGH • YOU BRIGHTEN MY DAY • I RESPECT YOU • YOU MEAN THE WORLD TO ME • THAT'S CORRECT • YOU'RE A JOY • YOU'RE A TREASURE • YOU'RE WONDERFUL • YOU'RE PERFECT • AWESOME • A+ JOB • YOU'RE A-OK MY BUDDY • YOU MADE MY DAY • THAT'S THE BEST • A BIG HUG • A BIG KISS • SAY I LOVE YOU
(workingparents.com)
Posted by Ibu anak-anakku at 4:36 PM 0 comments
Betul-betul menduga aku !!
Lepas ambil kakak dari sekolah terus je balik rumah, uruskan mak pulak (cabaran bermula). Pas dah sudah...... ambil abang plak kat sekolah jam 2:10 petang. Tunggu punya tunggu ....... dah dekat 2:20 tak nampak batang hidung pon !! (menguji kesabaran aku lagi !!) . Last2 aku pusing gi kat 'main entrance' ........ baru nampak muka budak tu dok tercanguk kat situ. Bila tanya ..... selamba jer dia jawab "Ibu cakap kalau hujan tunggu kat depan". Memang la ........ kalau hujan lebat ... ni rintik baru dua tiga titik ........ adoi la.
Pas tu kena tazkirah la budak tu ......... Abang kena fikir dan kesian kat ibu sama sebab ibu ni tengah kerja. Ibu sepatutnya masuk kerja kol 2:00 petang tau ....... ni dah 2:30 dah ...... tiba2 jerr 'hujan' turun dengan lebatnya ..... abang pon menangis & aku pon tatau dah nak kata apa !!!!
Sampai jer rumah kakak tengah dok belek ikan dlm aquarium. Aku panggil kakak dan pesan ngan dia ...... Ingat !! Jangan keluar rumah, jangan pi mana-mana. Kalau kawan datang nak main, main jer kat rumah. Kakak dengan senyum sengeh dia jawab ...... Ok ibu. Ingat tau !!! aku pesan lagi.
Pas tu sampai ofis aku telefon abang, nak tengok dah ok ke angin budak tu. Tetiba .... dugaan lagi ....... abang gi tau kakak dah keluar ikut kawan. Tak tau pi mana.
BOOOMMM .......... mcm bom meletup ....... aku naik hangin, trus capai kunci kereta keluar plak pi cari budak bertuah. Sib baik tempat keje ngan rumah aku dekat jer. Aku tak peduli apa dah .... tak payah gi tau boss ........ trus keluaq pi cari dia. Ada dekat 5, 6 kali aku pusing2 area rumah kawan dia ....... tak nampak batang hidung pun !!.
Dok dlm kereta sorang2 kat parking, aku menangis puas2. Tak tau kat mana nak cari, nak buat apa ....... kakak kecik lagi ...... baru 8 tahun ..... macam2 dah dok berpusing2 dlm kepala otak aku ni.
Masuk ofis balik.............. abang call ....... Kakak dah balik. Alhamdulillah ......... lega skit .... tapi harus berbirat kaki budak tu petang nanti. Tunggu la ibu balik keje nanti !!!
Posted by Ibu anak-anakku at 3:58 PM 0 comments
Emosi ....
Buka je mata pagi ni ....... aku pasangkan niat dalam hati,
akan ku cuba untuk gembirakan hati, cuba untuk ceria
(mampukah aku??)
Pagi2 masuk je ofis aku terbaca artikel tentang KAWAL EMOSI.
(NUR, Disember 2009)
"Orang yang berbahagia ialah orang yang dapat menguasai hatinya,
sebab orang yang dapat memerintah hatinya sendiri
lebih besar faedahnya daripada orang yang
dapat menakluki sebuah negeri.
Seorang penyair ada mengatakan,
"Apabila air mata ini mengalir dengan derasnya,
namun tidak menuju kebahagiaan,
maka air mata itu adalah sia-sia".
Jadi, kawal emosi dan usah biarkan ia menguasai diri
kerana jika emosi di luar kawalan,
ia akan mengundang bisikan syaitan.
Oleh itu, reda akan setiap perkara yang ditakdirkan
ke atas diri dan mohonlah keberkatan dalam
setiap amal kebajikan yang dilakukan.
Allah berfirman :
"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu
dengan hati yang puas lagi diredhaiNya.
Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hambaku,
masuklah ke dalam syurga-Ku" - Al-Fajr: 27-30.
Posted by Ibu anak-anakku at 12:18 PM 0 comments
Terima kasih anak ibu.
Ibu, ibu cubalah kuruskan skit badan,nanti Bapak suka la kat ibu !!.
Uishh ....... terkedu jap aku. Mungkin anak2 yang semakin membesar ..........
macam boleh membaca plak apa yang tersirat dalam hati ibu.
Sebenarnya aku pun dok terpikir benda yang sama.
Agaknya sebab aku ni dah tak macam dulu,
dah gemuk dan sebab tu la kot ada 'orang'
dah lupa kewujudan aku ni !!
Dan dek kerana itu, aku sebenarnya dah pun beli
Jus Mate 5 Dr. Rozmey ........ dah lebih sebulan dah
tapi masih belum punya kekuatan untuk start diet lagi,
sebab .....................
bila tension jer aku nak makan. So kalau hari2 tension, pas tu makan,
tak guna la ambik jus Mate 5 ni.
So, aku masih bertangguh lagi ....... bila la nak start ni.
And to my pumpkin Abang, thanks sebab .....
Abang sikit sebanyak faham perasaan ibu.
(bile nak leh start diet ni!!)
Posted by Ibu anak-anakku at 11:41 AM 0 comments
Thursday, November 12, 2009
Adoi la.....
Hari ni memang betul2 tension. Sebab apa...... sebab mulut mak. Sebetulnya hari2 aku tension ngan mak. Adoi la mak ! cuba la hargai orang jaga mak. Ni tak, semua tak kena. Bagi mak pakai 'pampers' pun mak cakap kita tolak2 di ngan kasar ......... adoi la mak ! Mak kena ingatla, mak bukan budak 1,2 tahun. Mak tu dah besaq gedabak dan....... berat plak tu. Mak ingat senang ka nak pakaikan 'pampers' tu kalau mak langsung tak membantu !!
Sesekali terfikir jugak, kenapa lah Allah uji aku dengan ujian seberat ni. Dari kecik sampai la sekarang........ mak tak habis-habis sakitkan hati orang. Mak !! orang sayang mak tau. Orang pun sakit jugak, tapi mak tak pernah pun tanya ......... sakit ke? tak sihat ker? Yang mak tau orang kena jaga mak sebaik mungkin cam mak jaga orang masa baby dulu.
Memang la tanggungjawab seorang anak untuk jaga mak bila mak dah uzur. Tapi kan mak ! tolong la jaga hati orang sama, orang pun ada hati dan perasaan juga dan yang lebih utama mak ! Orang ada suami dan anak-anak yang perlukan perhatian !
Apa pun mak ! Orang nak ucapkan yang orang sayang mak. Orang percaya ada hikmah disebalik semua ni. Maafkan kita ye mak ! Kita berazam untuk jaga mak dengan lebih baik lagi.
Ya Allah ! Kau berikanlah kesabaran dan mudahkan lah aku dalam menjaga dan merawatkan ibu ku. Amin.
Posted by Ibu anak-anakku at 2:39 PM 0 comments
Why I blog ???
Blog ni akan aku jadikan tempat 'belasah' segala isi hati perut aku.
Kalau ada yang tak suka .......... JANGAN BACA.
Aku bukanlah seorang yang pandai atau pun minat menulis.
Ikut angin ......... tengah rajin ni .......... esok, lusa tak tau lagi !
Apa yang nak dimuatkan di sini ???? Macam orang lain jugak la.......
my everyday life especially my life as super-duper mommy.
Ceh wahhh. Tapi serius mmg ku perasan aku ni super la.......
sbb semua benda nak kena buat sendiri.
Ni kalau my other half baca musti dia cakap ....... Perasan!!!
Sbb apa aku cakap cam tu..... sbb aku tak pernah rasa dia hargai apa yg aku buat sepanjang lebih 11 tahun ni. Susah sgt ke nak cakap "terima kasih"..... boleh gugur kot berlian lam mulut tu.
Kalau baju hantar dobi leh plak ckp kat apek tu "thank you" tapi aku yang gosok sampai nak terkeluaq tangan ni, mmmmmmm nan ado pon.
Walau pun aku bukan rajin sgt, tapi teringin gak nak rasa "dihargai"
supaya aku akan lebih gigih lagi....... kwang, kwang, kwang (:
Posted by Ibu anak-anakku at 10:50 AM 0 comments
Labels: Bla.......bla...bla
The beginning...
To you dear...... I.W.A.L.Y.
Posted by Ibu anak-anakku at 10:48 AM 0 comments
Labels: Pesan ibu



